ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Januari 2023.

1. Lebih 90 peratus responden bimbang gelombang COVID-19

Soal selidik yang dijalankan Sinar Harian menerusi platform media sosial Instagram dan Twitter mendapati lebih daripada 90 peratus responden berasa bimbang jika gelombang jangkitan COVID-19 kembali semula ke Malaysia.

2. Tampar pemain: KPM akan jumpa ibu bapa pelajar terlibat

Satu perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, akan diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.

3. COVID-19: Segera dapatkan dos penggalak kedua, jangan tunggu vaksin bivalen - KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.

4. 'Saya hilang dua cucu sekali gus'

"Saya pernah berpesan sebelum ini agar jangan kunci pintu jeriji," Itu luahan datuk kepada dua mangsa kebakaran di Jalan Dewan Simpang Tiga di sini pada Isnin.

5. 20,000 pengunjung meriahkan Malam Cinta Rasul di Stadium Malawati

Seramai 20,000 orang membanjiri Stadium Malawati Shah Alam bagi memeriahkan Malam Cinta Rasul (MCR) 3.0 yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia bagi menyambut tahun baharu 2023.

6. PRN: Anwar pengerusikan mesyuarat persiapan PH sebelum Tahun Baharu Cina - Guan Eng

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan satu mesyuarat Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat sebelum Tahun Baharu Cina bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng.

7. 5 beranak masih tiada tempat tinggal selepas PPS ditutup

Sebuah keluarga di Kampung La di sini masih tiada tempat tinggal selepas rumah sewa yang didiami mereka sejak empat tahun lalu musnah dalam bencana banjir pada 18 Disember lepas.

8. Tiada lagi premis judi di Kedah, kerajaan digesa pantau judi dalam talian - Cake

Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menggesa Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian yang bertanggungjawab mengambil langkah serius bagi mengekang kegiatan judi dalam talian yang berleluasa ketika ini.

9. COVID-19: Dua varian utama di China dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China.

10. Pemantauan pesakit tidak bergejala guna MySejahtera sepenuhnya mula tahun ini

Pelaporan dan pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan bermula tahun ini.