KUALA LUMPUR: Dua varian COVID-19 utama dalam penularan penyakit itu di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China.
Katanya, di Malaysia setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes positif melibatkan BA.5.2 manakala tiga lagi kes adalah BF.7.
Begitupun, kedua-dua varian berkenaan, jelas Dr Noor Hisham tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum tergolong sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
"Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China.
"Tetapi belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Isnin.
BF.7, singkatan untuk BA.5.2.1.7, berasal daripada varian Omicron BA.5 dan pertama kali dikesan di dunia pada Julai 2022.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata varian XBB dikesan mendominasi penularan COVID-19 di negara ini sepanjang Disember lalu.
Subvarian Omicron itu, kata beliau merangkumi 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang menjalani penjujukan genom.
Jelas beliau, varian XBB juga masih merupakan varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak Oktober lalu.
"Ia diikuti dengan varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).
"Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian LUM WHO," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dr Noor Hisham menambah, data daripada negara-negara lain yang mengalami penularan XBB seperti Singapura dan India menunjukkan peningkatan bilangan kes jangkitan semula.
Peningkatan tersebut, khususnya kata beliau berlaku dalam kalangan penduduk yang dijangkiti semasa gelombang Delta atau dijangkiti oleh varian membimbangkan (VOC) Omicron sekurang-kurang enam bulan lalu.
Kejadian jangkitan semula, kata Dr Noor Hisham lagi disebabkan 'immune escape' yang lebih tinggi oleh XBB.
"Ini mungkin disebabkan oleh tahap antibodi yang sudah mula berkurangan dan menyebabkan jangkitan semula tidak dapat dielakkan.
Hasimi Muhamad
Mon Jan 02 2023

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, subvarian Omicron itu merangkumi 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang menjalani penjujukan genom - Foto fail

Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.
Pahang sekali lagi kutip hasil lebih RM1 bilion
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk mengambilalih dua aset penginapan pekerja Centurion Corporation Limited pada harga RM227 juta.
Bank Malaysia akan hasilakan prestasi operasi berdaya tahan pada 2024
Institusi perbankan Malaysia akan mengatasi ketidaktentuan luaran untuk menghasilkan prestasi operasi yang berdaya tahan pada 2024.
87,282 perniagaan dari seluruh negara didaftar menerusi SPPP
Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira 50,782 merupakan golongan usahawan B40 manakala bakinya merupakan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.
COP28: Naikkan harga karbon untuk dekarbonisasi - IMF
Pengarah Urusan IMF mencadangkan harga karbon untuk dinaikkan bagi menggalakan insentif usaha mengurangkan kesan pelepasan gas rumah kaca.
KWAP rancang ambil alih dua aset Centurion Corporation Limited
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk mengambilalih dua aset penginapan pekerja Centurion Corporation Limited pada harga RM227 juta.
Pantau Agenda Reformasi: Setahun berlalu: Isu alam sekitar, perubahan iklim diberi tumpuan sewajarnya?
Setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, adakah isu seperti alam sekitar dan perubahan iklim menjadi tumpuan utama dalam dasar dan polisi kerajaan, mahupun perbahasan di Dewan Rakyat?

Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing
Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.

Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.

Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM rakam penghargaan 35 tahun khidmat, sumbangan Dr Noor Hisham
Dr Zaliha berkata dalam tempoh itu, Dr Noor Hisham mencatatkan banyak penglibatan dan pencapaian di dalam negara mahupun di peringkat global.

Dr Noor Hisham pengerusi mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO
"Ini pengalaman seumur hidup mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.