ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Januari 2023.
1. Suspek utama kes letupan di Pandan Indah diberkas
Polis memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian letupan di Pandan Indah pada Khamis lalu.
2. Piala AFF: Antara aksi terbaik Harimau Malaya - Pan Gon
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, menyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Singapura antara persembahan terbaik anak buahnya.
3. Saga, X50 jadi model Proton paling laris pada 2022
Jenama automotif nasional Proton mengakhiri 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut yang melonjakkan jualan keseluruhan kepada jumlah tertinggi sejak 2013.
4. Ahli perniagaan didakwa guna 'Datuk' palsu, perdaya Exco kanan Melaka
Shamsubahrin Ismail dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu serta menipu Datuk Ab Rauf Yusoh berhubung penjualan kereta mewah, dua tahun lalu.
5. Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30
Sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’ kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.
6. Bekas eksekutif Petronas hadapi tuduhan rasuah, pengubahan wang haram lebih RM6 juta
Mohd Amal M.Razalan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen atas 37 pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah lebih RM6 juta.
7. COVID-19: Tiada diskriminasi ke atas negara China - Anwar
Kerajaan tidak akan mendiskrimasi mana-mana negara termasuk China daripada memasuki Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
8. MA63: Sabah, Sarawak diberi kuasa luluskan projek bawah RM50 juta
Jemaah Menteri menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.
9. Tampar pemain: Gantung jurulatih, tunggu keputusan MAVA dan KPM - Exco
Meskipun permohonan maaf dan persefahaman antara jurulatih dan ibu bapa sudah diselesaikan, isu berkenaan memerlukan penelitian yang rapi kerana mendapat perhatian pelbagai pihak.
10. COVID-19: Pengembara dari China perlu lengkap vaksinasi sebelum berlepas ke Sabah
Kerajaan negeri Sabah hari ini menetapkan pengembara yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi COVID-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri ini, berkuat kuasa 8 Jan.