ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Januari 2023.


1. Politik Sabah: Rombakan Kabinet selepas Hajiji berjumpa PM? 

Rombakan Kabinet Sabah hanya akan diumumkan selepas pertemuan antara Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 



2. Inisiatif Payung Rahmah diperkenal bantu kurangkan kos sara hidup B40, miskin tegar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar.


3. Sempadan China mula dibuka hari ini

Selepas hampir tiga tahun menutup pintu sempadannya ekoran penularan pandemik COVID-19 bemula pada tahun 2020, China akhirnya kembali membuka semula pintu sempadannya bermula hari ini.


4. Bung Moktar letak jawatan Presiden Safa

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta-merta.


5. PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua secara rasmi dipecat ekoran tindakan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
 

6. PM Anwar tiba di Jakarta, lawatan rasmi dua hari bermula

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Jakarta, Indonesia hari ini dijadual memulakan lawatan negara dua hari.


7. Politik Sabah: SD sudah dihantar, tidak puas hati boleh ke mahkamah - Hajiji

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akhirnya membuka mulut dan mengesahkan beliau mempunyai sokongan daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk terus menerajui kerajaan negeri itu.


8. Perhimpunan Agung UMNO 2022 tidak jemput parti lain - Ahmad Maslan

Tiada sebarang jemputan dikeluarkan kepada parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN untuk menghadiri Perhimpuan Agung UMNO 2022 yang bermula Rabu ini.


9. 10 syarikat Malaysia lahir hasrat terlibat pembangunan Nusantara Indonesia

Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat sama dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, di Kalimantan Timur.


10. PM Anwar bakal umum KPI setiap menteri

Kerajaan sedia menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.