awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 syarikat Malaysia lahir hasrat terlibat pembangunan Nusantara Indonesia

Shafizan Johari
Shafizan Johari
08/01/2023
11:12 MYT
10 syarikat Malaysia lahir hasrat terlibat pembangunan Nusantara Indonesia
Majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) dan surat niat antara syarikat Malaysia dan Indonesia yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta pada Ahad. - Foto PMO
JAKARTA: Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat sama dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, di Kalimantan Timur.
Hasrat berkenaan disuarakan 10 syarikat Malaysia menerusi 11 surat niat, melibatkan 11 projek yang diserahkan dalam majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) antara syarikat Malaysia dan Indonesia yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Ahad.
Ia melibatkan beberapa syarikat seperti Boustead Properties Berhad dan Berjaya Corp Bhd yang berhasrat untuk terlibat dalam projek pembinaan.
Sementara syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berhasrat meneroka peluang untuk terlibat dalam sektor tenaga termasuk tenaga diperbaharui.
Sembilan MoU turut ditandatangani pada majlis petang tadi, melibatkan sejumlah RM1.66 bilion.
Sementara itu Menteri ekonomi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut hadir di majlis itu berkata MoU terbabit menunjukkan hubungan baik Malaysia dan Indonesia.
"Malaysia adalah antara negara yang sudah tunjukkan minat dan negara pertama yang menyerahkan surat niat ini dimana banyak syarikat Malaysia sudah nyatakan niat dan berikan komitmen dari segi pembangunan, kajian dan sebagainya.
"Dan ini memberikan keyakinan kepada syarikat lain yang berminat untuk turut membangunkan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara, terutamanya syarikat di rantau ini," katanya.
Pengumuman berkenaan dibuat menjelang pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Isnin.
Perdana Menteri kini dalam rangka kunjungan rasmi selama dua hari ke Indonesia.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Indonesia
#nusantara
#Joko Widodo
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan