awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2023
08:35 MYT
PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Tan Yew Kew memberitahu, keputusan terhadap Tian Chua dibuat ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada Sabtu malam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua secara rasmi dipecat ekoran tindakan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
MalaysiaKini melaporkan, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Tan Yew Kew memberitahu, keputusan terhadap Tian Chua dibuat ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada Sabtu malam.
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.
“Ya, semalam MPP ada mesyuarat dan kami memutuskan untuk memecatnya secara rasmi.
“Semua dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain. Mereka yang akan dipecat kerana tindakan tatatertib lain akan diumumkan kemudian,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.
Empat lagi anggota ialah Puah Chee Haur dari cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali dari cabang Gopeng dan M Mohganan dari cabang Taiping.
Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding di bawah tiket Warisan di Keranji dan Chenderiang manakala Mohganan bertanding di Taiping sebagai calon Bebas.
Sementara itu, Nur Khairunisa Abdullah dari cabang Sadong Jaya turut dipecat kerana bertanding di Sadong Jaya semasa Pilihan Raya Sarawak 2021.
Topic Berkaitan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Tian Chua
#pecat
#Parlimen Batu
#calon Bebas
#bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan