MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Januari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Januari 2023.
1. Wakil calon Parlimen Gua Musang fail petisyen cabar keputusan PRU15
Wakil kepada calon Barisan Nasional, Tengku Razaleigh Hamzah, memfailkan petisyen mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Gua Musang di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, baru-baru ini.
2. Pertandingan jawatan Presiden: Ahmad Zahid serah perwakilan tentukan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada dua jawatan tertinggi parti itu perlu dipertandingkan atau tidak pada pemilihan nanti, yang perlu diadakan sebelum 19 Mei ini.
3. COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Situasi semasa kes COVID-19 dalam negara masih terkawal dan setakat ini tidak memerlukan kerajaan mengambil langkah sehingga menutup sepenuhnya pintu sempadan negara, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
4. PM Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh
Anwar berharap pencapaian Michelle Yeoh itu memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti.
5. Politik Sabah: Pergolakan belum selesai - Bung Moktar
UMNO Sabah menegaskan pergolakan politik yang berlaku di negeri itu masih belum selesai meskipun Kabinet baharu telah dibentuk.
6. Kerajaan akan kaji semula harga siling ayam - Salahuddin
Penetapan harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam standard di pasaran akan dikaji semula bagi memastikan rakyat mendapat sumber protein itu pada harga yang lebih stabil.
7. PAU2022: 'Saya sedia bertanding' - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO itu, bagaimanapun tidak memperincikan jawatan yang akan direbut oleh beliau.
8. BN sahkan hantar petisyen di beberapa kerusi, cabar keputusan PRU15
Barisan Nasional (BN) mengesahkan telah memfailkan petisyen di beberapa kerusi bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
9. Shahrir Samad buat lapor polis terhadap Tommy Thomas
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Ab Samad membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna kuasa.
10. [LAPORAN KHAS] Projek mega didakwa 'rogol' keindahan alam sekitar, pemilik rumah inap kerugian
Suasana ketenangan yang diidamkan oleh penggemar rumah Inap di Sungai Tua, Ulu Yam, didakwa seakan 'dirobek' susulan pelaksanaan projek pembinaan terowong Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL.