awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil calon Parlimen Gua Musang fail petisyen cabar keputusan PRU15

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
13/01/2023
00:00 MYT
Wakil calon Parlimen Gua Musang fail petisyen cabar keputusan PRU15
Abu Bakar (kiri) dan Mohd Hafarizam, dua daripada barisan peguam yang terlibat dalam petisyen mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Wakil kepada calon Barisan Nasional, Tengku Razaleigh Hamzah, memfailkan petisyen mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Gua Musang di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, baru-baru ini.
Petisyen berkenaan difailkan oleh Mohd Azmi Mahmood pada 3 Januari lalu.
Dalam petisyen berkenaan, Mohd Azmi melalui barisan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Md Abdullah, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Mohd Baharudeen Mohd Ariff menamakan Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional, Datuk Mohd Azizi Abu Naim, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ab Fatah Hasbullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.
Menurut Abu Bakar, petisyen berkenaan antara lain meminta supaya keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang dibatalkan dan menggesa SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi Parlimen berkenaan.
"Anak guam kami memohon satu petisyen difailkan di mahkamah, mencabar keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Gua Musang.
"Anak guam kami mendakwa berlaku politik wang dalam pilihan raya tersebut selain beberapa situasi yang mengganggu perjalanan proses pengundian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Abu Bakar berkata, anak guamnya mendakwa, antara lain, berlaku politik wang atau pembahagian wang kepada pengundi dan beberapa peti undi dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak dikira, selain kertas undi yang tidak dikembalikan.
Pengurusan kes berkenaan dibaca buat kali pertama di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu Tuan Nik Habri Muhamad di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Khamis.
Pengurusan kes seterusnya akan didengar pada 25 Januari depan.
Kes dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Roslan Abu Bakar.
Pada PRU15 lalu, Tengku Razaleigh gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang untuk kali ke-12, apabila beliau tewas mengejut kepada Mohd Azizi.
Mohd Azizi menang dengan majoriti tipis 163 apabila memperoleh 21,826 undi manakala Tengku Razaleigh mendapat 21,663 undi.
Topic Berkaitan
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Parlimen Gua Musang
#petisyen pilihan raya
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan