awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahrir Samad buat lapor polis terhadap Tommy Thomas

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2023
11:01 MYT
Shahrir Samad buat lapor polis terhadap Tommy Thomas
Shahrir (kiri) mendakwa, Tommy telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan pendakwaan terhadapnya walaupun kertas siasatan masih belum lengkap. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Ab Samad membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna kuasa.
Bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendakwa Tommy Thomas telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Peguam Negara berhubung pendakwaan kes gagal isytihar harta berjumlah RM1 juta membabitkan dirinya.
Shahrir Samad mendakwa, Tommy Thomas telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan pendakwaan terhadapnya walaupun kertas siasatan masih belum lengkap.
"Atas pendedahan saksi-saksi penting pendakwaan di mahkamah, saya mengesyaki terdapat salah guna kuasa oleh Tommy Thomas apabila mengarahkan supaya saya dituduh walaupun kertas siasatan belum lengkap.
"Malah, ada unsur pendakwaan berniat jahat yang dilakukan terhadap saya selaku salah seorang ahli politik dan pemimpin Barisan Nasional (BN).
"Tujuan saya membuat laporan ini untuk meminta pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang dan menyiasat terperinci atas dakwaan salah guna kuasa serta unsur pendakwaan berniat jahat yang disyaki dilakukan terhadap saya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas selesai membuat laporan di sini pada Jumaat.
Sinar Harian pada 5 Januari melaporkan, Shahrir dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas satu pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). — Sinar Harian
Mahkamah | Shahrir Samad sedih dituduh gagal isytihar RM1 juta
Topic Berkaitan
#shahrir samad
#Tommy Thomas
#salah guna kuasa
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan