ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Januari 2023.


1. Kes SRC: Peguam pertikai senarai hakim yang dengar semakan Najib

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membantah senarai panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC International Sdn Bhd oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.



2. Mahkamah benar Isa Samad dapatkan sementara pasport untuk ibadah umrah

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menunaikan ibadah umrah pada 10 Feb ini.


3. Menanti agenda besar Anwar untuk Borneo selepas 25 tahun

Autonomi kesihatan, mekanisme pelaksanaan projek bawah RM50 juta dan penurunan kuasa Persekutuan kepada jabatan dan agensi negeri dijangka jadi tahuk perbincangan dalam mesyuarat Majlis Tindakan MA63, yang akan berlangsung pada Jumaat.


4. Ibu tekup bayi sampai mati selepas bermalam dengan kekasih

Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan selepas disyaki menekup dan mencekik anaknya di sebuah kondominium di Cyberjaya pada 12 Januari lalu.


5. Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian selepas menolak bantahan yang dikemukakan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


6. OPR kekal pada 2.75 peratus - Bank Negara

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada kadar 2.75 peratus.


7. Angkat 'Malaysia Madani', harumkan semula nama Malaysia - PM Anwar

Perdana Menteri berkata, enam teras itu adalah keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.


8. KPM jamin wang BAP lebih RM100,000 dilarikan penjenayah diganti sebelum Mac

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM terkilan dengan insiden berkenaan namun pada masa sama akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung gantian wang berkenaan.


9. Ismail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Katanya, masih terlalu awal untuk menentukan perkara itu, namun beliau mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.


10. Mindef laksana tender terbuka, batal lima perolehan terdahulu

Kementerian Pertahanan (Mindef) telah membatalkan lima perolehan membabitkan bekalan, perkhidmatan dan projek infrastruktur sebagai langkah bagi mengelak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan terhadap proses itu.