Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 22, 2023 15:59 MYT
Januari 22, 2023 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Januari 2023.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengingatkan mana-mana pemimpin menolak gejala rasuah bagi memastikan kemajuan negara dapat dicapai.
Seramai 78 individu ditahan termasuk tiga pembekal dadah ditahan dalam operasi khas di tiga serbuan di pusat hiburan sekitar Kluang dan Batu Pahat, pada Sabtu.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata dua lokasi berkenaan ialah Dataran Merdeka di sini dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Seramai 78 individu ditahan termasuk tiga pembekal dadah ditahan dalam operasi khas di tiga serbuan di pusat hiburan sekitar Kluang dan Batu Pahat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati golongan ulama politik supaya tidak sesuka hati menukar hukum dan fatwa agama.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pasukan pembelaan parti itu sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu yang dibuat melalui petisyen pilihan raya itu, adalah tidak benar.
Masyarakat tidak perlu berasa ragu untuk mengambil dos penggalak khususnya dos penggalak kedua bagi melindungi diri mereka daripada terdedah daripada bahaya jangkitan COVID-19.
UMNO Terengganu diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemberian wang kepada pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tahun lepas.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia pemimpin politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden pada 21 Januari lalu.
Lima termasuk dua kanak-kanak maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 13, kawasan Kahang, Jalan Mersing, petang tadi.