awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolak tindakan perkauman, tangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan - PM

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
22/01/2023
10:39 MYT
Tolak tindakan perkauman, tangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan - PM
Anwar turut menyatakan peningkatan kadar ucapan benci terhadap kepercayaan atau etnik juga sangat membimbangkan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia pemimpin politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden pada 21 Januari lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, Malaysia menggesa Kerajaan Sweden mengambil langkah segera terhadap pelaku perbuatan keji tersebut serta memastikan langkah drastik pada masa depan untuk menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan di Sweden.
"Penghinaan terhadap Kitab Suci Islam yang dilakukan secara terang-terangan oleh ahli politik Sweden merupakan provokasi besar terhadap sensitiviti, bukan sahaja Turkiye tetapi lebih daripada dua bilion umat Islam di dunia," katanya.
Malaysia, tegas Anwar, mengecam jenayah bersifat kebencian yang ditujukan kepada Muslim seluruh dunia. Ia termasuk sebarang bentuk tindakan mencetus kebencian dan rasisme, sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun tindakan.
Anwar turut menyatakan peningkatan kadar ucapan benci terhadap kepercayaan atau etnik juga sangat membimbangkan. Oleh itu, beliau mengulangi pentingnya menegakkan prinsip dialog, penglibatan dan saling menghormati dalam penyelesaian pertikaian.
"Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk menolak tindakan perkauman dan agama dengan berselindung di sebalik kebebasan bersuara, dan Malaysia kekal bersatu menentang segala bentuk hasutan kebencian dan keganasan," tambahnya.
BACA: Iran, Kuwait, Pakistan kecam keputusan benarkan bakar al-Quran
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sweden
#Islamofobia
#Rasmus Paludan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan