ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Januari 2023.

1. Isteri Tun Daim, Toh Puan Mahani meninggal dunia

Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

2. Sumbangan orang awam tiada kaitan calon, wakil atau parti - Ketua Penerangan Pas

Kenyataan Presiden Pas itu telah dipetik secara bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar yang mahu disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

3. 'Tunjuk bukti PN tak rasuah pengundi' - Isham Jalil

Perikatan Nasional (PN) diminta untuk menunjukkan bukti kukuh yang didakwa bahawa mereka tidak merasuah pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

4. Singapura berjaya sediakan rumah buat 80% rakyat tanpa kira bangsa - KPKT

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan dari Singapura mengambil kira aspek pengurusan perumahan mampu milik negara itu yang berjaya menyediakan perumahan awam buat 80 peratus rakyat Singapura yang layak, tanpa mengira bangsa.

5. Tolonglah ubah sikap! TMJ kesal masih ramai tidak prihatin aspek kebersihan

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru anggota masyarakat khususnya penduduk negeri Johor, agar mengubah cara pemikiran berkaitan isu kebersihan.

6. 'Sedekah' untuk dapat undi pilihan raya itu rasuah - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fahaman sesetengah pihak yang menganggap sesuatu pemberian bagi meraih undi dalam pilihan raya sebagai sedekah adalah salah, dan boleh merugikan negara serta masyarakat.

7. Isteri, madu jurulatih terkenal bergaduh di restoran

Suasana di sebuah restoran di sini kecoh apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh dalam kejadian pada awal pagi Isnin.

8. 'Mana ada turun harga?' - Peniaga kesal bahan mentah masih mahal

Golongan peniaga mendakwa harga bahan mentah tidak turun malah kebanyakannya masih sama seperti sebelum ini, sekali gus menyukarkan mereka menurunkan harga jualan makanan seperti disarankan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

9. PM adakan lawatan ke Brunei 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melakukan kunjungan hormat selama dua hari ke Brunei bermula Selasa.

10. Harga bahan mentah: 'Kita dengar pandangan Ismail Sabri' - PM

Kerajaan Perpaduan sentiasa berusaha menyelesaikan isu kenaikan harga bahan mentah yang menjadi fokus utama pentadbiran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.