Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 25, 2023 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Januari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Januari 2023.
1. Jururawat, suri rumah didakwa memperdagangkan bayi berusia sembilan hari
Seorang jururawat dan seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari, lebih dua tahun lalu.
2. Aset tentera negara cukup untuk pantau Beting Patinggi Ali - Mohamad Hasan
Kementerian Pertahanan menegaskan pihaknya mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) di Perairan Sarawak.
3. Himpunan solidariti bantah tindakan bakar al-Quran di Kedutaan Sweden
Dewan Ulama Pas Pusat akan menganjurkan satu himpunan solidariti bagi menyuarakan bantahan berhubung penghinaan terhadap agama Islam oleh seorang pemimpin pelampau Sweden baru-baru ini.
4. Bajet 2023 dibentang semula penuhi keperluan setiap masyarakat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa Bajet 2023 yang akan dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat.
5. Suntik dadah dalam minuman berkultur, modus operandi pasangan suami isteri
Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam di sebuah pangsapuri itu, polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM206,511 yang dibotolkan dan disimpan di kediaman yang dijadikan stor simpanan.
6. Mangsa banjir di Johor meningkat lebih 4,000 orang, 45 PPS dibuka
Seramai 4,207 mangsa banjir daripada 1,164 keluarga ditempatkan 45 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah di negeri Johor.
7. Tabung Haji rugi RM1.961 juta angkara scam - Rais
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, TH harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kehilangan wang pendeposit yang berpunca daripada aktiviti penipuan dalam talian (scam).
8. OPR boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika.... - Rafizi
Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika kadar inflasi negara mampu mereda dalam tempoh beberapa bulan ini.
9. UMNO tentukan nasib KJ pada Jumaat
Nasib bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti itu hanya akan diketahui selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat pada Jumaat.
10. Ringgit ditutup paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini berikutan minat pembelian yang lebih baik di tengah-tengah sentimen menggalakkan, kata seorang penganalisis.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Astro Awani