KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini berikutan minat pembelian yang lebih baik di tengah-tengah sentimen menggalakkan, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2575/2625 berbanding dolar AS daripada 4.2830/2875 yang disaksikan semasa Jumaat lepas.
Pasaran kembali diniagakan hari ini selepas ditutup pada 23 dan 24 Jan sempena cuti Tahun Baharu Cina.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit meneruskan prestasi cemerlangnya, selepas disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) sedang menuju ke arah penurunan yang akan mengukuhkan mata wang Asia.
"Pembukaan semula China turut merangsang sentimen pasaran terhadap mata wang tempatan, dengan jangkaan peningkatan permintaan pelancong China yang akan memberi dorongan kepada perkhidmatan tempatan dan penerima manfaat pelancongan," katanya kepada Bernama.
Pada penutup, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2352/2392 daripada paras 3.2386/2425 yang dicatatkan pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2790/2831 daripada 3.3073/3111.
Ia juga naik berbanding pound British kepada 5.2418/2480 daripada 5.2861/2916 dan semakin mantap berbanding euro kepada 4.6322/6376 daripada 4.6393/6442.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2575/2625 berbanding dolar AS daripada 4.2830/2875 yang disaksikan semasa Jumaat lepas. - Gambar hiasan/ Bernama

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2410/2475 berbanding dolar AS daripada 4.2450/2465 pada penutup Khamis.

Harga minyak naik, ringgit terus mengukuh pada sesi awal
Ringgit meneruskan momentum kenaikannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada hari ini.

Ringgit teruskan peningkatan berbanding dolar AS ketika awal dagangan
Pada 9 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.2510/2600 berbanding dolar AS daripada 4.2575/2625 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pelabur dijangka terus berhati-hati berikutan kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 di China selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Ringgit teruskan kenaikan, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2830/2875 berbanding dolar AS daripada 4.3050/3100 sewaktu ditutup semalam.

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan peningkatan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian yang kembali ketara.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit menyusut daripada peningkatan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar OPR oleh BNM pada Khamis.

Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.3250/3280 berbanding dolar AS daripada 4.3150/3200, semalam.