awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2023
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.
1. Pihak dituduh sabotaj tidak diberi ruang bela diri - Ibdilillah
Bekas Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak mendakwa anggota parti terus ditakut-takutkan dengan tindakan pemecatan dan penggantungan atas alasan sabotaj parti.
2. Muqharabbin umum letak jawatan Exco Pemuda UMNO
Tindakan itu diambil kerana demokrasi sudah mati dalam parti berkenaan dan turut menyifatkan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ketika ini sebagai paling penakut dalam sejarah UMNO.
3. Langkah pembersihan hanya hasilkan lebih banyak kotoran - Annuar Musa
Kata Annuar, tindakan dilakukan parti berkenaan pada Jumaat itu hanya akan menghasilkan lebih banyak ‘kotoran’ kerana punca sebenar ‘kotoran’ masih kekal berpaut dalam UMNO.
4. KJ keterlaluan, Hishammuddin tidak serik belakang parti - Puad Zarkashi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mendedahkan sebab UMNO memecat Khairy Jamaluddin daripada parti itu kerana didakwa memburukkan parti dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
5. 'Pembersihan' UMNO: Tanggungjawab besar pucuk pimpinan urus persepsi di bawah - Onn Hafiz
Pucuk pimpinan UMNO perlu menggalas tanggungjawab besar untuk mengurus persepsi akar umbi dan rakyat susulan tindakan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin dan ahli parti itu.
6. Sekuriti makanan antara tumpuan Bajet 2023 - PM
Bajet 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi akan memberi tumpuan kepada isu kemelesetan ekonomi dunia, antaranya isu sekuriti makanan.
7. 'Kejahatan mereka tidak hilangkan kebaikan kita' - Hishammuddin
Kenyataan ringkas, tetapi penuh tersirat itu dipercayai susulan tindakan UMNO memecat dan menggantung beberapa ahli UMNO, termasuk Ahli Parlimen Sembrong itu yang digantung selama enam tahun selepas didakwa melanggar disiplin parti.
8. 'KJ pemimpin bijak, kalau berminat boleh buat permohonan' - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia membuka ruang dan mempertimbangkan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.
9. 'Presiden UMNO bersifat kuku besi, orang bernilai dalam parti dikeluarkan demi selamatkan peribadi'
Pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti akan memberi kesan buruk kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
10. Pemecatan, penggantungan pemimpin UMNO tidak patuh proses perundangan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata naib presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
#berita utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan