Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 15, 2023 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Februari 2023.
1. Guru diberi pilihan rekod PBD murid luar talian, hibrid - KPM
Guru yang merekod dan melapor tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) murid bagi sesi akademik 2022/2023 diberi pilihan untuk melakukan secara luar talian atau secara hibrid, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
2. Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA
Terma-terma penyelesaian berhubung kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara, dikelaskan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
3. Tiada kompromi terhadap rasuah, oleh 'jerung' mahupun 'bilis' - #RasuahBusters
Perhatian serius harus diberikan kepada sebarang bentuk perbuatan rasuah, tidak kira sama ada besar atau kecil jumlahnya, dilakukan oleh orang kenamaan atau rakyat biasa, kata CEO #RasuahBusters Norhayati Nordin.
4. MoF arah tangguh projek Jana Wibawa, teliti tatacara perolehan - Zahid
Kementerian Kewangan telah mengarahkan projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.
5. Malaysia negara berpendapatan tinggi pada 2026 - Rafizi
Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
6. Khairy dilantik Penasihat Belia Johor - TMJ
Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
7. "Apa salahnya kerajaan pertimbangkan pengeluaran KWSP?" - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan mempertimbangkan pengeluaran Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
8. Bekas kapten bola sepak diselamatkan dari gua Tham Luang meninggal dunia di UK
Duangpetch Promthep, salah seorang kanak-kanak yang diselamatkan dari gua Tham Luang di daerah Chiang Rai, Thailand pada Jun 2018 lalu, meninggal dunia di United Kingdom.
9. Gempa Turkiye: PM bangga dengan pasukan penyelamat Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Malaysia di atas kecekapan dan tahap profesionalisme pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara.
10. PM bertemu Erdogan, zahir solidariti Malaysia kepada Turkiye
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan solidariti seluruh rakyat Malaysia kepada Turkiye yang berhadapan tempoh sukar ketika ini.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #berita dalam negara #Berita AWANI