Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Februari 2023.
Kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan yang cukup rapi akan dilakukan ke atas semua individu tanpa mengira 'puak' yang disyaki terlibat dalam isu Pandora Papers. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Pendakwaan Jana Wibawa: Apa berlaku seperti 'dirancang', 'terancang' - Muhyiddin
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tindakan mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) seperti telah 'dirancang' dan 'terancang'.
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara pada Selasa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Bekas penyerang prolifik kebangsaan, Mohd Safee Sali hari ini mengumumkan persaraannya selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam arena bola sepak profesional.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, beliau memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan pada petang Isnin (semalam).
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu terhadap Mohd. Azhud Ibrahim, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ini kerana suami hakim tertinggi itu telah menyalahkan Najib pada 2018 atas kejatuhan 1Malaysia Development Berhad dan bekas anak syarikatnya, SRC International.
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Dia yang juga bekas penulis blog, diperintah untuk membela diri atas satu lagi pertuduhan pindaan iaitu menghina bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki yang mendakwa suruhanjaya itu menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

