ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Februari 2023.
1. Malaysia, Arab Saudi setuju muktamadkan rundingan bagi majlis penyelarasan kerjasama dua hala - Zambry
Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk segera memuktamadkan rundingan bagi menginstitusikan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia, yang akan menjadi platform utama kerjasama dua hala pada masa hadapan, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
2. LRT tergendala: MOT cadang ambil tindakan undang-undang, tuntut pampasan - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemaju projek yang dikenal pasti menjadi punca kerosakan struktur di stesen LRT Bandaraya.
3. Kes rasuah Jana Wibawa: Adam Radlan hadapi dua lagi pertuduhan
Ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad yang didakwa semalam atas dua pertuduhan rasuah, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa.
4. Jana Wibawa: Wan Saiful umum lepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa.
5. Jana Wibawa: Pengarah syarikat didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta
Seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, pada Rabu, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.
6. Tidak pernah arah keluar wang RM1 juta dari akaun Armada - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, beliau tidak pernah mengarahkan Rafiq Hakim Razali dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi membuat pengeluaran wang RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat.
7. PRN: Enam negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun
Enam negeri sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
8. Kes Bella: Tak pernah beri Bella makan cili, najis dan simbah air panas - Siti Bainun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa kejadian remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disuruh makan cili dan najis selain diikat, disimbah air panas serta ditekap dengan kuali panas tidak pernah berlaku.
9. Aksi kejar mengejar berjaya tahan penyeludup daun ketum di sempadan negara
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan dua lelaki dipercayai membawa daun ketum selepas cubaan melarikan diri dengan sebuah pacuan empat roda di kawasan Durian Burung, di sini, hari ini.
10. Penggantungan keahlian UMNO: Saya tak tergamak nak buat rayuan - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menggantung keahliannya selama enam tahun.
Astro Awani
Wed Feb 22 2023
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Februari 2023.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.