awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2023
15:54 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mac 2023.
1. Muhyiddin mengaku tidak bersalah terima wang aktiviti haram RM5 juta
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta yang dimasukkan ke akaun parti Bersatu.
2. Mahkamah perintah Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
3. Malaysia berdepan risiko ancaman 'barah' dari laut
Mikroplastik dan pembuangan sisa air terawat loji nuklear ke dalam laut dilihat bakal menjadi ancaman utama terhadap kesihatan manusia.
4. Pas nafi keluar PN - Tuan Ibrahim
Pas menafikan dakwaan kononnya parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN).
5. Hafidz masih sayang isteri, mahu berbaik
Pelakon Hafidz Roshdi mengakui masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka, dan akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan Nurul Shuhada Mat Shukri.
6. Kamal Adli selamat jalani pembedahan selepas diserang di Singapura
Selebriti Malaysia Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam hari Ahad (Mac 12) selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
7. Polis jangan bagi muka, tangkap peserta pesta LGBT - Pekemas
Pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat video tular dipercayai ada kaitan dengan pesta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau perarakan kumpulan seks songsang yang didakwa berlaku di ibu negara.
8. Rakyat Malaysia gembira Michelle Yeoh lakar sejarah Oscar
Mesej ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh membanjiri media sosial hari ini selepas pelakon kelahiran Malaysia itu memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem drama komedi Everything Everywhere All at Once pada majlis berprestij Anugerah Akademi ke-95.
9. Petronas catat untung selepas cukai RM101.6 bilion terbesar dalam sejarah
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merekodkan pendapatan dan keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan 2022 tertinggi dalam sejarah penubuhannya.
10. Sultan Johor zahir murka isu Batu Puteh - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menzahirkan rasa murka ekoran tidak merujuk baginda dalam keputusan berhubung isu tuntutan Batu Puteh (Pedra Branca).
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita utama
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan