awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2023
15:53 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mac 2023.
1. Kerajaan sedang teliti dasar tidak benar eksport tenaga diperbaharui - Nik Nazmi
Penelitian terhadap dasar tersebut dibuat kerana wujud beberapa permintaan daripada Kerajaan Negeri termasuk dari Sarawak.
2. Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis
Walaupun program itu telah dibatalkan pada Ahad, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.
3. Raja Permaisuri, PM sebak saksikan pantomim insiden Lahad Datu
Pantomim itu menjadi lebih menyedihkan apabila anak kepada Zulkifli dan Sabaruddin dibawa masuk ke dalam pementasan.
4. TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.
5. Datuk Roy, bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah bebas reman
SPRM sudah mendapatkan keterangan yang diperlukan daripada kedua-dua individu terbabit dan mereka memberikan kerjasama dalam siasatan.
6. Kontroversi rumah tangga: 'Biar mahkamah saja tentukan' - Farid Kamil
Biarpun berdepan konflik rumah tangga, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu memaklumkan fokusnya adalah mencari nafkah.
7. Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Menurut Mohamed Nazri, ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan tidak mengizinkan permit perhimpunan diberikan atas alasan ia boleh membawa kepada rusuhan.
8. Jom Ziarah Gereja: Hannah beri keterangan di IPD Sentul
Hannah bersama peguamnya, Sangeet Kaur Deo hadir ke IPD Sentul pada jam 5.30 petang.
9. Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan, T20 bayar penuh
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.
10. Beri peluang kepada imam tempatan pimpin solat tarawih
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan imam jemputan solat tarawih luar negara di masjid dan surau di seluruh Selangor pada Ramadan tahun ini adalah keputusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan