Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Mac 2023.
DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur.
2. KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan arahan melaksanakan Operasi Lalang atau Ops Lalang dikeluarkan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-4.
Seramai 6,036 pegawai perubatan dan 890 pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) telah meletak jawatan dari tahun 2018 hingga 2022.
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Seorang pelajar Malaysia di sini jelas teruja apabila dipilih sebagai mutawif bagi membimbing Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi, melaksanakan umrah hari ini.
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya (UM).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.
Penganjuran program Thai Hot Guy yang dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini dibatalkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

