KUALA LUMPUR: Penganjuran program Thai Hot Guy yang dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini dibatalkan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, promosi berkaitan program tersebut menerusi media sosial didapati menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat.
Menurut beliau, satu perjumpaan telah diadakan dengan pihak penganjur dan pengurusan premis tersebut.
"Amaran keras telah diberikan oleh pihak polis kepada pihak penganjur agar program tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan.
"Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program tersebut dan tiada sebarang program atau aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, semakan sehingga jam 4 petang mendapati sebanyak 60 laporan polis telah diterima yang membantah penganjuran program berkenaan.
"Pihak polis peka mengenai penganjuran program-program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Ujar beliau, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran," katanya.
Pada Isnin, sebuah akaun Facebook memuat naik hantaran mengenai program Thai Hot Guy yang difahamkan merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki macho di sebuah bar di Kuala Lumpur pada 30 Mac ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 22 2023

Polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang. - Gambar/ Sinar Harian

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Polis beri amaran keras, penganjuran Thai Hot Guy dibatalkan
Penganjuran program Thai Hot Guy yang dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini dibatalkan.

Thai Hot Guy: Kerajaan tidak anjur program tidak bermoral - Wilson Ugak
Kerajaan Perpaduan yang berteraskan Malaysia Madani tidak membenarkan sebarang program yang tidak bermoral diadakan.

Tindakan tegas terhadap pihak sokong LGBT - Nga Kor Ming
Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.

Thai Hot Guy: 'KDN akan siasat, tidak wajar diteruskan' - Saifuddin
Tindakan sebuah bar yang menggunakan kumpulan Thai Hot Guy sehingga menyebabkan pelbagai reaksi masyarakat, hendaklah tidak diteruskan.

Bar jemput 'Thai Hot Guy' tiada lesen hiburan, lesen restoran tamat tempoh
DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan.

Program Thai Hot Guy: Pemuda UMNO buat laporan polis hari ini
Acara yang dijangka diadakan pada 30 Mac itu turut mendapat bantahan daripada Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guy', guna nama Tun Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.