awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ops Lalang bukan arahan saya" - Dr Mahathir

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/03/2023
03:07 MYT
"Ops Lalang bukan arahan saya" - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan arahan melaksanakan Operasi Lalang atau Ops Lalang dikeluarkan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-4. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan arahan melaksanakan Operasi Lalang atau Ops Lalang dikeluarkan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-4.
Penasihat Sekretariat Proklamasi Orang Melayu itu, sebaliknya, menegaskan, keputusan berkaitan Ops Lalang telah dijelaskan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar bahawa ia merupakan keputusan yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Perdana Menteri perlu dengar pandangan polis kerana mereka bertanggungjawab atas keselamatan negara dan pandangan serta nasihat mereka tidak boleh ditolak begitu saja.
"Parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) selalu menyalahkan saya disebabkan Ops Lalang.
"Namun, apabila sesuatu menguntungkan objektif mereka, mereka dengan bangga terima saya sebagai rakan dan pilih saya sebagai calon Perdana Menteri mereka," kata bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu dalam hantaran terbaharu di akaun media sosialnya, pada Rabu.
LALANG (Versi Bahasa Melayu) 1. Ops Lalang berlaku ketika saya sebagai Perdana Menteri. Ia bukan atas arahan saya. 2. Tun Hanif telah jelaskan ianya keputusan yang dibuat polis. (Tonton di sini: https://t.co/ORBRtnOKgq ) https://t.co/KCElUvV08q
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) March 22, 2023
Pada Isnin, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto membidas Dr. Mahathir yang melabel Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai diktator.
Kasthuri, sebaliknya, berkata, Dr. Mahathir merupakan individu yang tidak boleh melabel Anwar sebagai diktator disebabkan Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbirannya pada 1987.
Dilancarkan pada 27 Oktober 1987, Ops Lalang menyaksikan 119 aktivis masyarakat sivil, intelektual dan ahli politik pembangkang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimansuhkan.
Antara yang ditahan ialah bapa Kasthuri, P Patto yang juga pemimpin DAP sekitar tahun 1970-an dan 80-an dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Menglembu di Ipoh selain menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan sebelum meninggal dunia pada 1995.
Selain Kasthuri, beberapa pemimpin lain seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyindir Dr. Mahathir yang menuduh kerajaan pimpinan Anwar sebagai diktator kerana menghalang kebebasan bersuara dan mengambil tindakan untuk menyekat parti pembangkang.
Topic Berkaitan
#ops lalang
#Mahathir Mohamad
#tun hanif omar
#Akta Keselamatan Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan