MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mac 2023.
1. [EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf
Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua kepada Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyerahkan notis tuntutan permohonan maaf terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
2. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini
Penjawat awam yang layak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 17 April ini.
3. PM Anwar saksi pemeteraian MoU antara syarikat Malaysia-Arab Saudi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.
4. Armada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng
Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat satu laporan polis menuntut siasatan dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.
5. Inflasi Malaysia kekal 3.7 peratus pada Feb 2023 - Perangkaan
Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi bulan Februari 2023 kekal pada 129.8 atau 3.7 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
6. Enggan berdamai, Puteri Sarah tekad bercerai
Puteri Sarah yang mengakui penat dengan kemelut yang melanda rumah tangganya tetap dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai.
7. Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Sumber telah mendedahkan kesemua wang termasuk aset tersebut dipulangkan kepada kerajaan pada tahun lalu selepas siasatan SPRM selesai.
8. "Makan ubat tahan sakit" - Demi Al Barakah, Ustaz Kazim tetap berceramah
Datuk Mohd Kazim Elias berkata dana bagi pengurusan pusat pendidikan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bayaran yang diterima pada setiap sesi ceramah di luar.
9. Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu dalam keadaan cacamarba, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
10. 30 peratus pelajar MRSM berbayar mungkin dari keluarga B40
Kira-kira 30 peratus pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar berkemungkinan melibatkan pelajar daripada keluarga B40, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki