awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar saksi pemeteraian MoU antara syarikat Malaysia-Arab Saudi

Bernama
Bernama
24/03/2023
03:47 MYT
PM Anwar saksi pemeteraian MoU antara syarikat Malaysia-Arab Saudi
Anwar menyaksikan majlis menandatangani MoU antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi di The Ritz-Carlton Jeddah selepas solat Tarawih malam tadi. --fotoBERNAMA
JEDDAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.
Ketiga-tiga MoU itu ditandatangani antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn Bhd.
Majlis yang turut disaksikan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jeddah Sheikh Mohammed Yousuf Naghi berlangsung di The Ritz-Carlton Jeddah selepas solat Tarawih malam tadi.
Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
Terdahulu, Anwar dan delegasinya yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari ke ke Arab Saudi telah mengadakan pertemuan dengan kira-kira 20 pemimpin syarikat negara itu dalam mesyuarat meja bulat untuk membincangkan bidang kerjasama dan sektor-sektor baharu yang boleh diterokai bersama.
Pada mesyuarat selama sejam itu, Perdana Menteri memberi jaminan kepada pemimpin industri Arab Saudi bahawa mereka kini boleh mengharapkan kestabilan politik di Malaysia serta pendekatan perniagaan yang lebih dinamik daripada kerajaan semasa.
Anwar juga berjanji bahawa pentadbirannya akan komited untuk memastikan tadbir urus yang baik.
Perdana Menteri turut diberi taklimat oleh ahli perniagaan Malaysia mengenai penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaharu Arab Saudi, dan pelbagai peluang yang menanti pihak industri dari Malaysia.
Sementara itu, Sheikh Mohammed Yousuf menyifatkan Malaysia sebagai inspirasi untuk pembaharuan sambil menambah komuniti perniagaan Arab Saudi yakin dengan kestabilan politik di Malaysia dan bersedia untuk membawa usaha mereka ke peringkat seterusnya.
"Melangkah ke hadapan, kami mengintai peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, dan kami berharap pelabur Arab Saudi boleh melibatkan diri dalam usaha sama dan memanfaatkan pengetahuan Malaysia," katanya.
Antara lain, syarikat-syarikat Arab Saudi telah menyatakan minat mereka untuk meneroka dalam pembuatan cip mikro dan semikonduktor, sektor perubatan dan pendidikan.
Perdana Menteri dan delegasi dijadual berlepas pulang hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Arab Saudi
#syarikat swasta
#kerjasama Malaysia-Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan