KUALA LUMPUR: Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua kepada Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyerahkan notis tuntutan permohonan maaf terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Notis Tuntutan oleh Zainab, 56, itu dikeluarkan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid, pada Khamis.
Astro AWANI difahamkan, ini merupakan kali pertama Zainab tampil kepada media melalui peguam untuk memberikan penjelasan dan mengambil tindakan terhadap Rafizi.
Berdasarkan notis tuntutan, Zainab yang juga ahli perniagaan mendakwa, Rafizi melalui beberapa laman sesawang dan media sosial yang dimiliki atau dalam kawalannya mengaitkan dirinya sebagai isteri kepada Dr Abd Latiff yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang didakwa terpalit kontroversi isu projek kapal tempur persisir (LCS).
NOTIS TUNTUTAN
Astro AWANI berkesempatan melihat notis tuntutan tersebut yang mengaitkan beberapa artikel dimuat naik di laman sesawang atau blog Rafizi Ramli bertarikh 22 Ogos hingga 23 Ogos dan 25 hingga 26 Ogos 2022 serta 1 November 2022 telah mendakwa Zainab adalah isteri kedua kepada Dr Abd Latiff.
Antara artikel disiarkan dalam laman sesawang atau blog Rafizi Ramli bertajuk ''Syarikat Palsu Dimiliki Keluarga Menteri', 'Dr. Latiff dan Zainab Memiliki Bersama Subkontraktor Projek Pertahanan Negara', 'Konon Bekal Alat Gantian, Tapi Boleh Beli Dekat Mydin, Latiff Belum Nafi Zainab (tarikh lahir 30 April 1967) Isteri Kedua Dia', 'Latiff Ahmad Perlu Saman Auditor, BHIC dan Saya' dan 'Rakan Niaga Latiff Ahmad Dinamakan Sebagai Penerima Bayaran Palsu Dalam Progek SGPV.
Dalam notis tuntutan tersebut juga mengaitkan satu video di aplikasi Tik Tok bertajuk 'Dari Jho Low ke Jhay Nab' yang mendakwa Zainab merupakan isteri kepada Dr Abd Latiff dan lahir pada 30 April 1967.
Peguam Zainab, Yusfarizal Yussoff berkata, anak guamnya mengambil keputusan untuk tampil menjelaskan perkara tersebut bagi membersihkan namanya.
Jelasnya, Facebook dengan akaun nama Rafizi Ramli yang membuat naik artikel-artikel berkenaan bertarikh 22 hingga 26 Ogos dan 1 November secara keseluruhan mendapat 60,200 tanda suka, dikongsikan 7,876 kali dan 8,658 komen, setakat tarikh pemfailan tuntutan itu.
"Twitter pula dengan akaun Rafizi Ramli yang menerbitkan artikel-artikel berkenaan juga mendapat keseluruhan 6,402 ciapan semula, 11,701 tanda suka dan 535 komen.
"Manakala video-video yang disiarkan di Tik Tok dengan akaun Rafizi Ramli berkaitan dengan anak guam kami turut mendapat 13,600 tanda suka, 1,114 komen dan 1,538 perkongsian serta 475 jumlah simpanan.
DOKUMEN 'REVIEW OF LCS.......PROGRAMME' BUKAN LAPORAN FORENSIK AUDIT
Tampil menjelaskan perkara tersebut Yusfarizal memaklumkan, anak guamnya menegaskan, artikel dan video yang dimuat naik itu adalah suatu pembohonan, tohmahan jahat dan penyelewengan yang direka berdasarkan fakta yang tidak sah serta dimanipulasi.
Jelasnya lagi, dokumen bertajuk 'Review of LCS....Programme' disediakan oleh Alliance bagi tujuan kegunaan dalaman syarikat BHIC adalah draf yang tidak ditandatangani dan bukan laporan forensik audit serta bukan bertujuan untuk disebar kepada orang awam.
Malah, katanya, beberapa muka surat di dalam dokumen tersebut juga telah digelapkan (redacted).
"Dokumen tersebut yang diaudit Alliance secara jelas mempunyai 'Notice to Reader' yang menyatakan mereka bergantung kepada representasi lisan dan dokumen diberikan pihak yang terlibat dengan isu terakit di mana Alliance tidak dapat menilai keesahan representasi diberikan.
"Oleh itu, kandungan di dalam dokumen tersebut menyatakan anak guam kami adalah isteri kepada Dr Abd Latiff adalah tidak benar dan dimanipulasi yang selanjutnya digunakan untuk memfitnah Zainab.
ZAINAB TIADA SUAMI / BEKAS SUAMI BERNAMA ABDUL LATIFF AHMAD
Yusfarizal yang bercakap bagi pihak Zainab berkata, anak guamnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan individu bernama Abdul Latif Ahmad.
"Anak guam kami tidak mempunyai suami atau bekas suami yang bernama Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad malah beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Dr Abd Latiff sama ada secara peribadi atau secara profesional," jelasnya.
"Ia secara jelas menfitnah anak guam kami dan merendah-rendahkan maruahnya di mata masyarakat sekali gus menjejaskan reputasinya dalam kapasiti peribadi atau profesional," tambah beliau.
KENYATAAN RAFIZI DIKELUARKAN MENJELANG PRU15
Yusfarizal menambah, Zainab mendakwa, tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah itu berniat jahat dan didorong oleh motif yang tidak wajar atau lebih sekadar satu sensasi bagi menjatuhkan reputasinya demi kepentingan peribadi atau politik.
"Ia dibangkitkan dalam tempoh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang jelas merupakan sebahagian daripada bahan kempen.
"Tiada sebarang pemeriksaan latar belakang secara teliti berkenaan identiti sebenar yang dikaitkan dengan Dr Abd Latiff dan bertindak secara melulu mendedahkan maklumat-maklumat sulit yang jelas mencerobohi hak peribadi anak guam kami.
ZAINAB BERI MASA 14 HARI KEPADA RAFIZI MOHON MAAF
Sehubungan itu, Yusfarizal menegaskan anak guamnya Zainab memberikan tempoh 14 hari kepada Rafizi untuk mengeluarkan aku janji untuk berhenti daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau menerbitkan kenyataan serupa terhadapnya.
"Rafizi juga dituntut mengeluarkan draf permohonan maaf dalam kenyataan media bagi tujuan penerbitan dan mencadangkan jumlah ganti rugi yang munasabah," ujarnya.
LATAR BELAKANG KES
Pada 1 September 2022, Dr Abdul Latiff dilaporkan membuat laporan polis terhadap Rafizi yang didakwa memfitnahnya dalam isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada 22, 25, 26 dan 29 Ogos lalu di blog dan menyiarkan semula di Facebook (FB), Twitter dan Tiktok.
Ia berkaitan kenyataan yang menyebut Dr Abdul Latiff mempunyai isteri kedua bernama Zainab Mohd Salleh yang mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Kementerian Pertahanan untuk projek LCS.
Pada 22 Ogos 2022, Dr Abd Latiff yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan dilaporkan menafikan wanita yang dikaitkan dalam siasatan projek LCS adalah isterinya.
Dr Abd Latiff dilaporkan berkata, beliau juga bersedia memberikan kerjasama penuh dengan siasatan pihak berkuasa terhadap isu itu.
Afiezy Azaman
Fri Mar 24 2023
Zainab Mohd Salleh mendedahkan beliau bukan isteri kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latif Ahmad seperti didakwa Rafizi Ramli. - Gambar Astro AWANI
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.