Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Mac 2023.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya yang didakwa terdapat unsur fitnah.
Siasatan penguatkuasaan berkaitan dana politik tidak hanya membabitkan pemimpin parti pembangkang malah pemimpin kerajaan turut disiasat, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelakon terkenal, Diana Danielle menolak dakwaan suaminya, Farid Kamil Zahari yang dia berlaku curang sehingga menyebabkan rumah tangga mereka berantakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian dan jabatan kerajaan menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan.
Tindakan seorang jurujual mengabaikan lima kucing peliharaannya sehingga mati kebuluran, tahun lalu membawa padah apabila dia dihukum penjara dua tahun dan didenda RM50,000 oleh di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] secara berperingkat bermula hari ini (28 Mac).
Kementerian Luar (Wisma Putra) mempertahankan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang menjadi pertikaian pihak pembangkang baru-baru ini.
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan masalah teknikal melibatkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) yang sering berlaku kebelakangan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan tiba di sini esok bagi menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) dan memulakan lawatan rasmi empat hari ke China.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

