ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 April 2023.

1. Jawatankuasa khas pantau pelaburan dari China diputuskan esok - PM Anwar

Kabinet akan memutuskan pada Rabu berhubung keperluan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi memantau pelaburan dari China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

2. Isu doktor kontrak: PM Anwar merayu, tegaskan kerajaan tidak remehkan isu

Kerajaan memperuntukkan dana tambahan berjumlah RM1.7 bilion daripada RM3 bilion bagi membantu menyelesaikan isu pegawai perubatan kontrak.

3. Elaun 'on-call' diperluas kepada pegawai perubatan 6 klinik projek rintis - PM Anwar

Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju elaun bertugas 'on-call' pegawai perubatan diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik projek rintis mengatasi kesesakan fasiliti kesihatan awam.

4. Sistem myIDENTITI bantu kesan 46,000 penipu identiti, warga asing mohon kerja sektor awam - JPN

Pengintegrasian sistem ini membolehkan SPA melaksanakan semakan pengesahan taraf kewarganegaraan pemohon.

5. Dewan Rakyat: Belanjawan 2023, 12 RUU, empat usul diluluskan dalam mesyuarat kali ini

Belanjawan 2023 turut diluluskan Dewan Rakyat yang bersidang selama 31 hari, bermula pada 13 Februari lepas dan tamat pada Selasa.

6. Pengumuman agihan dividen TH tahun ini dijangka lewat - Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata ia berikutan agihan dividen hanya boleh dibuat selepas audit bersih dilaksanakan.

7. Bersara dari perjuangan kerana faktor usia teori sekular - Abdul Hadi


10. Melaka larang kakitangan bawa telefon bimbit ketika mesyuarat bersama Ketua Menteri

Melaka menguatkuasakan empat pendekatan baharu kepada kakitangan agensi kerajaan negeri itu termasuk memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah serta dilarang membawa masuk telefon bimbit ke dalam mesyuarat.