awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elaun 'on-call' diperluas kepada pegawai perubatan 6 klinik projek rintis - PM Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
04/04/2023
04:22 MYT
Elaun 'on-call' diperluas kepada pegawai perubatan 6 klinik projek rintis - PM Anwar
Anwar berkata, telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan mengkaji kemudahan itu dipanjangkan kepada semua kakitangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju elaun bertugas 'on-call' pegawai perubatan diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik projek rintis mengatasi kesesakan fasiliti kesihatan awam.
“Elaun tambahan diberikan kerana sekarang ini elaun-elaun ini tidak termasuk bagi yang bertugas di klinik kesihatan atau jabatan kecemasan.
“Maka oleh itu, saya ingin umumkan kerjaan bersetuju bahawa elaun bertugas selepas waktu pejabat, yang on-call di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital.
“Waktu perluasan dipanjangkan merangkumi hari pelepasan mingguan kepada enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi mengurangkan kesesakan hospital kerajaan,” katanya.
Tambahnya, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan mengkaji kemudahan itu dipanjangkan kepada semua kakitangan.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Madius Tangau (PH - Tuaran) yang bertanya mengenai elaun tersebut.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#elaun on-call
#projek rintis
#pegawai perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan