ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 April 2023.
1. Rayuan pengampunan Najib: Anwar sahkan jadi sebahagian 'proses'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Pengampunan Diraja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
2. Isu Laut China Selatan: "Muhyiddin bermasalah, dia tak baca" - PM Anwar
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan bertolak ansur berhubung isu perairan Laut China Selatan yang kini menjadi pertikaian dengan China.
3. Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong
Dua petisyen dilancarkan berhubung Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di platform change.org.
4. Kerajaan tambah RM35 juta peruntukan bagi program perkasa komuniti PPR - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM35 juta untuk program memperkasakan komuniti projek perumahan rakyat (PPR) di Selangor dan Kuala Lumpur.
5. Malaysia guna pendekatan diplomatik pastikan Laut China Selatan kekal aman - Wisma Putra
Malaysia akan terus mengambil pendekatan diplomatik dalam urusannya dengan negara-negara lain, termasuk China.
6. Polis siasat dakwaan kanak-kanak cedera ketika di taska
Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa mengalami kecederaan ketika berada di sebuah taska di sini pada Rabu.
7. Agong zahir dukacita, kutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu rejim Israel
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.
8. 'Tauke' warga asing diberi tempoh enam bulan keluar dari Pasar Besar Klang
Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi tempoh enam bulan kepada peniaga-peniaga warga asing yang berniaga di Pasar Besar Klang, di sini untuk menghentikan operasi mereka di pasar berkenaan.
9. Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah
Keluarga pasangan warga emas yang maut selepas makan ikan buntal goreng berharap pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap penjual dan pembekal ikan beracun itu.
10. Ambil pedoman konsep keseimbangan dalam al-Quran - Anwar
Umat Islam harus mengambil iktibar bulan Ramadan di mana turunnya al-Quran, dengan manfaatkan isi kandungannya sebagai pedoman.
Astro Awani
Sat Apr 08 2023
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 April 2023.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.