ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 April 2023.


1. Khazanah sah jual seluruh pegangan dalam Iskandar Malaysia Studios

Granatum Ventures memeterai perjanjian penjualan saham definitif untuk menjual keseluruhan 100% pegangannya dalam Iskandar Malaysia Studios kepada Studio Management Services bagi menarik pelaburan asing.


2. PM tidak mahu bermusuh dengan negara kuasa besar 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak mahu menjadikan Malaysia sebagai musuh negara kuasa besar apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia terbuka untuk berunding berhubung tuntutan bertindih China di Laut China Selatan.

3. SPCAAM cadang pekerja dibenar bekerja sehingga usia 65 tahun

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia mencadangkan agar pekerja dibenar bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan mereka sendiri bagi mengurangkan tekanan ekonomi ketika dalam tempoh persaraan.

4. PRN: Calon PN di Kelantan, Terengganu guna logo Pas - Muhyiddin

Calon Perikatan Nasional di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Negeri kelak, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

5. Ranking FIFA: Harimau Malaya berterima kasih kepada JDT, TMJ

Peningkatan prestasi pasukan negara sehingga melonjak tujuh anak tangga dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dipengaruhi antaranya peranan penting tanpa disedari yang dimainkan kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT).

6. Inisiatif Bitara Madani pastikan lebih keselesaan kepada orang ramai - KSN

Program Inisiatif Bitara MADANI kini melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi lebih keselesaan kepada orang ramai seperti mengurangkan kesesakan di hospital, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), serta pembangunan sekolah daif di seluruh negara.

7. Remaja disyaki dirogol bapa tiri, suspek suami isteri ditahan

Polis menahan sepasang suami isteri selepas dipercayai terlibat dalam kejadian rogol membabitkan anak perempuan mereka yang berusia 16 tahun sejak tiga tahun lalu.

8. Isu pengampunan Najib: Tiada desakan politik, ikut prosedur sedia ada - Ahmad Zahid

Hasrat UMNO mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas Presiden parti itu Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.

9. Cuepacs cadang gaji diawalkan 14 April

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

10. 25 peratus lagi capai sasaran 80 peratus liputan 5G - Fahmi

Peratus capaian rangkaian 5G di Malaysia setakat penghujung Mac lepas telah mencapai 55 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.