awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPCAAM cadang pekerja dibenar bekerja sehingga usia 65 tahun

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
09/04/2023
04:18 MYT
SPCAAM cadang pekerja dibenar bekerja sehingga usia 65 tahun
Menurut SPCAAM, sektor perniagaan akan mendapat manfaat jika cadangan sedemikian dilaksanakan kerana mempunyai akses kepada tenaga kerja yang berpengalaman. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan agar pekerja dibenar bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan mereka sendiri.
Ia bagi memastikan mereka dapat mengurangkan tekanan ekonomi ketika dalam tempoh persaraan.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Antony D'Angelus berkata pekerja ini tidak boleh dipaksa untuk bersara dan mereka juga tidak boleh dipaksa bekerja.
Cadangan ini menyusul melihat kepada laporan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) rakyat Malaysia yang lebih 51.5 peratus ahlinya bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10,000.
Ini jelasnya bermakna Malaysia sedang menuju ke arah krisis sosioekonomi yang serius bagi rakyatnya yang sudah bersara dan akan bersara.
Menurut Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), peningkatan jangka hayat di Malaysia yang meningkat daripada 52.8 tahun kepada 76.51 tahun, bagi memastikan mereka mampu menyara diri daripada segi ekonomi selepas bersara.
Tambah SPCAAM, sektor perniagaan juga mendapat manfaat jika cadangan sedemikian dilaksanakan kerana mempunyai akses kepada tenaga kerja yang berpengalaman.
Negara, katanya, perlukan beberapa penyelesaian kreatif dan saksama dalam isu yang melibatkan pekerja-pekerja di negara ini, dan pembaharuan besar dasar buruh dan ekonomi juga diperlukan.
Topic Berkaitan
#spcaam
#persaraan
#65 tahun
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan