ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 April 2023.

1. Hooray X Fest Raya: Penganjur beri kata dua kepada vendor

Pembatalan dibuat kerana penaja utama telah menarik diri, menyebabkan bayaran lokasi acara tidak dapat dilunaskan.

2. Zamsaham tak jadi jual Kelantan FC

Zamsaham menjelaskan akan terus berjuang membangunkan Kelantan FC sehingga masa yang sesuai.

3. 'Dia nampak letih ketika show' - Jaafar Onn terkejut Rohana Jalil kritikal di ICU

Jaafar Onn memberitahu dia terkejut melihat perubahan pada Rohana memandangkan jarang berjumpa kecuali di acara persembahan.

4. KKM rakam penghargaan 35 tahun khidmat, sumbangan Dr Noor Hisham

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM).

5. Isu pekerja asing: SPRM rakam percakapan Sivakumar kali kedua pada Isnin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada memanggil semula Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Isnin lalu.

6. Solat sunat Aidilfitri: Pemakaian pelitup muka amat digalakkan

Pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau amat digalakkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

7. Aidilfitri: Kod QR bagi pembelian tiket di TBS diperkenal, 265 bas tambahan disediakan

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) meluluskan sebanyak 256 bas tambahan sebagai inisiatif menampung permintaan tiket balik kampung sempena Aidilfitri tahun ini.

8. PM mahu kesatuan rakyat ditingkatkan sempena Aidilfitri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak untuk sama-sama meningkatkan kesatuan rakyat dalam membangun dan menyelamatkan negara tercinta.

9. Peranti tidak sah: Astro, PDRM jalin kerjasama pantau premis perniagaan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Astro menjalin kerjasama bagi memantau premis perniagaan yang menayangkan siaran hiburan menggunakan peranti penstriman tidak sah.

10. Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital meningkat 26.2 peratus - KKM

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME 15/2023) iaitu dari 9 hingga 15 April 2023 berbanding minggu sebelumnya.