KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM).
Dr Zaliha berkata dalam tempoh itu, Dr Noor Hisham mencatatkan banyak penglibatan dan pencapaian di dalam negara mahupun di peringkat global, yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia agar setanding negara luar.
"Meraikan majlis persaraan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Majlis ini merupakan tanda penghargaan dan penghormatan di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham sepanjang perkhidmatan beliau di KKM.
"Saya percaya khidmat Tan Sri tidak terhenti di sini bahkan khidmatnya masih diperlukan untuk pembangunan perubatan dan kesihatan negara.
"Saya mewakili pihak KKM ingin mengucapkan selamat bersara dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dr Noor Hisham di atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan di kementerian ini," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dr Noor Hisham yang dianggap 'panglima perang' ketika negara berdepan pandemik COVID-19 akan bersara wajib pada Jumaat ini selepas lebih tiga dekad berkhidmat, dan beliau merupakan antara individu penting yang menyampaikan perkembangan terkini dan usaha kerajaan dalam memerangi penularan COVID-19 di negara ini.
Dr Noor Hisham juga pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442H/2020M.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Dr Noor Hisham yang dianggap 'panglima perang' ketika negara berdepan pandemik COVID-19 akan bersara wajib pada Jumaat ini selepas lebih tiga dekad berkhidmat -Gambar KKM FB
AWANI Ringkas: PM arah siasatan secara menyeluruh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seni Malaysia gegar Abu Dhabi 5 bulan
“To Know Malaysia is To Love Malaysia” mengetengahkan 44 karya seni kontemporari oleh 10 pelukis Malaysia di Cultural Foundation Abu Dhabi dari April hingga September 2025. Ia adalah pameran antarabangsa pertama seumpamanya yang mempamerkan koleksi AFK, menyorot perjalanan seni dan identiti negara melalui lukisan, arca dan media campuran. Disokong oleh Christie's, CIMB Artober dan Limkokwing University, pameran ini menandakan kebangkitan seni Malaysia di pentas global.
Pemasangan lampu jalan LED solar antara inisiatif langkah -Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah memutuskan untuk memasang lampu jalan LED berkuasa solar di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kemalangan tinggi. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pencahayaan jalan pada waktu malam, terutama di kawasan luar bandar bagi mengurangkan risiko kemalangan.
#AWANInews
#AWANInews

Anggota FRU maut kemalangan: Pemandu lori batu ada enam rekod kesalahan lampau
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semakan mendapati, lelaki berusia 45 tahun tersebut pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah.

Anggota FRU maut kemalangan: Identiti sembilan mangsa korban dikenal pasti
Seramai Sembilan identiti anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas ngeri di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik telah berjaya dikenal pasti.
Tidak betul tolak Izzah bermaksud tolak Anwar - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail menolak telahan Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa sekiranya calon Timbalan Presiden Nuzul Izzah Anwah kalah dalam pemilihan Parti Keadilan bermaksud penolakan terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[TERKINI] Air Force One mendarat di Riyadh
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Arab Saudi bagi memulakan lawatan kerja rasmi empat hari di Asia Barat.

Pemilihan PKR: Segala dakwaan perlu serta bukti - Amirudin
Segala dakwaan berhubung ketelusan proses pemilihan PKR perlu disertakan dengan bukti dan bukannya bersandar kepada permainan sentimen atau hujahan tidak jelas.

Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah sebabkan bayi cedera parah
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Seri Pelangi 4, Taman Seri Pelangi, dalam daerah Alor Gajah antara 2 Mei hingga 5 Mei.

Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu bermula Khamis
Perkhidmatan Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu bermula Khamis ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

31 daripada 34 projek sakit PR1MA berjaya disiapkan setakat April - Nga
Sebanyak 31 daripada 34 projek sakit Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di seluruh negara berjaya disiapkan merangkumi 20,470 unit kediaman setakat April lepas.

Terlalu takutkan jangkitan COVID-19, ibu bapa kurung anak lebih tiga tahun
Kes mengejutkan itu terbongkar hasil tindakan seorang jiran prihatin yang memerhati rumah berkenaan sejak pandemik COVID-19.

Masyarakat perlu bersaing dengan kepesatan teknologi - Menteri Sarawak
Masyarakat disaran supaya sentiasa menyaingi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat bagi mengelakkan mereka daripada risiko ancaman siber.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.

KKDW tingkat usaha promosi Tasik Kenyir
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan meningkatkan usaha mempromosikan Tasik Kenyir bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

Forum media ASEAN-China platform penting perkukuh komunikasi serantau - Penganalisis
Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh saluran komunikasi rentas negara.

Nilai bitcoin junam bawah AS$75,0000
Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat.