ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 April 2023.


1. Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB

Tan Sri Nazir Razak akan bersara dari jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.



2. Dua individu dipanggil berhubung kes rangka wanita ditemukan dalam bagasi

Polis Johor memanggil dua individu bagi membantu siasatan kes rangka mayat wanita ditemukan reput dalam sebuah bagasi di kios perhentian bas terbiar berhadapan TNB Kulai, pada 12 April lepas.


3. Wanita dipercayai dirogol ditemukan trauma, menangis

Seorang wanita cedera di kaki akibat terjatuh dari rumahnya ketika menyelamatkan diri selepas diperkosa seorang penagih dalam kejadian di Fair Park, di Ipoh, pada Selasa.


4. Michelle Yeoh bawa trofi Oscar kunjung PM Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Michelle Yeoh, pelakon Malaysia pertama yang meraih trofi Oscar.


5. Inflasi Malaysia bagi Mac 2023 reda kepada 3.4 peratus - Perangkaan

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Mac 2023 mereda kepada 3.4 peratus dengan mata indeks mencatatkan 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama 2021.


6. Lapan lelaki ditahan terlibat kes bunuh warga India - Polis

Seorang suspek utama kes bunuh antara lapan lelaki warga asing ditahan kerana disyaki membunuh seorang lelaki warga India di sebuah asrama pekerja di Kawasan Perindustrian Jalan Sungai Besi, Cheras.


7. Musim perayaan: KPDN tambah kuota RON95, diesel

Kuota bekalan petrol bersubsidi RON95 dan diesel di seluruh negara akan ditambah bermula esok hingga 5 Mei ini.


8. 'Ada sebab kenapa post itu dibuat' - Zulin kembali berbaik dengan suami

Pelakon, Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah hubungannya dengan suami, Farhan Norzaini kembali pulih.


9. PM ajak rakyat Malaysia lakukan pecutan terakhir Ramadan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak masyarakat Muslim melakukan pecutan terakhir Ramadan yang berbaki satu hari dengan melakukan amal ibadah sebelum menyambut Aidilfitri Sabtu ini.

10. Kerajaan tidak bercadang tetapkan SOP khas Aidilfitri

Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas kepada orang ramai bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 sempena perayaan Aidilfitri.