MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Jun 2023.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengkritik kerajaan kini didakwa tidak cekap dalam pengendalian urus tadbir negara.
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa semakin banyak Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan berkaitan ekonomi maka ia akan merudum dengan begitu pantas.
Faktor musim perayaan dan cuaca panas menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berminat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Istanbul yang akan mengetengahkan isu berkaitan hal ehwal umat dan negara Islam seperti yang diadakan di Kuala Lumpur, pada 2019.
Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
6. Perlekeh lans koperal: Anggota polis wanita digantung tugas sejak minggu lepas - Saifuddin
6. Perlekeh lans koperal: Anggota polis wanita digantung tugas sejak minggu lepas - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan juga sudah dibuka di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
7. Baby Naail terima suntikan ubat Zolgensma RM9.8 juta
7. Baby Naail terima suntikan ubat Zolgensma RM9.8 juta
Wan Muhammad Naail Wan Aslam yang disahkan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 pada April lalu telah menerima suntikan ubat Zolgensma.
Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Aziz Tambi, 63, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.
9. Tun Abdul Taib sihat, Astana Negeri Sarawak minta henti tular berita palsu
9. Tun Abdul Taib sihat, Astana Negeri Sarawak minta henti tular berita palsu
Pihak Astana mengesahkan Tun Abdul Taib berada dalam keadaan baik dan sihat, manakala berita yang tular ketika ini adalah palsu sepenuhnya.
10. Jangan mainkan isu triti persempadanan laut Malaysia-Indonesia untuk raih dokongan politik - Zambry
10. Jangan mainkan isu triti persempadanan laut Malaysia-Indonesia untuk raih dokongan politik - Zambry
Perjanjian penyelesaian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang dimeterai baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik bagi meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami