ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Jun 2023.

1. Bekas penghulu maut, luncur udara terjunam ke dalam laut

Bekas Penghulu Mukim Seribong, di sini dipercayai lemas apabila luncur udara (paragliding) yang dinaiki bersama rakan baiknya mengalami kerosakan enjin sebelum terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok pada petang Jumaat.

2. 'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup'.

3. Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke

Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mengecam Barisan Nasional (BN) adalah atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti DAP.

4. Sarawak kekalkan tarif elektrik - Abang Johari

Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk menaikkan tarif elektrik memandangkan negeri mampu untuk menjana tenaga menerusi empangan hidroelektrik, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

5. Kemiskinan tegar perlu dinoktahkan tahun ini - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan tahun ini.

6. Warga asing dilarang beli barangan bersubsidi negara - Salahuddin

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Sabtu menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan membeli barang bersubsidi negara ini.

7. Ringgit jatuh tapi pertumbuhan dan pelaburan Malaysia meningkat - Anwar

Kejatuhan nilai mata wang ringgit dipengaruhi oleh kadar faedah negara yang terlalu rendah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

8. Pelabur takut sebab wujud persepsi saya akan dijatuhkan Ogos ini - Anwar

Wujudnya persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang pada Ogos ini telah menyebabkan para pelabur asing takut untuk melabur di Malaysia.

9. Suasana, budaya pembelajaran Tingkatan 6 perlu lebih ruang dan bebas - Anwar

Suasana pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 6 di negara ini perlu diberi lebih banyak ruang dan kebebasan, selain tidak terlalu terikat dengan peraturan sekolah.

10. Jangan layan kenyataaan bertentangan pendirian rasmi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Presiden UMNO meminta semua pemimpin parti itu supaya tidak melayan sebarang kenyataan mana-mana individu yang bertentangan dengan pendirian komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.