awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2023
15:45 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Julai 2023.
1. Pelupusan hutang FELDA: PM kemuka bukti, desak Muhyiddin mohon maaf
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan mendesak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya.
2. Indeks Peralihan Tenaga: Malaysia diiktiraf negara terbaik di Asia Tenggara
Indeks tersebut mengambil kira prestasi sistem dan kesediaan negara untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih mesra alam.
3. Kes bunuh Syed Danial, Wei Liang diperintah bela diri
Hakim, Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas pekerja teknologi maklumat itu di akhir kes pendakwaan.
4. Tertuduh kes rogol penjawat awam, didakwa kes amang seksual pula
Seorang buruh binaan yang menghadapi dua tuduhan merogol penjawat awam April lalu, dikenakan satu lagi tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan.
5. Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
6. Tesla lancar EV pertama di Malaysia
Jenama kereta dari Amerika Syarikat, Tesla secara rasminya dilancarkan di Malaysia apabila sebuah model kenderaan elektrik (EV) diperkenalkan iaitu Model Y bagi pasaran Malaysia.
7. Diana Danielle fail nusyuz berkaitan tanggungjawab Farid selaku suami
Pelakon, Diana Danielle memfailkan permohonan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada Khamis.
8. Isu REE: Persoalan, pendedahan dibangkit bukan plot burukkan Sanusi- Saifuddin
Menurut beliau, isu-isu itu dibangkit adalah bagi mendapatkan perincian dan jawapan yang sebenar berhubung situasi yang berlaku di Kedah.
9. Vietnam bentang permaidani merah sambut ketibaan PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah oleh kerajaan Vietnam di Istana Presiden di Hanoi hari ini.
10. Anwar sifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia paling akrab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia yang paling akrab sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara lima dekad lepas.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#paling akrab
#sambutan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan