ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Ogos 2023.

1. Penyertaan Azizulhasni dibatalkan, tersingkir awal acara pecut

Hasrat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk mara ke suku akhir acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland, tidak kesampaian selepas tersingkir pada pusingan kedua, pada Sabtu.

2. Kajian EMGC: Amirudin lebih popular berbanding Azmin dan Ahmad Yunus

Tinjauan Pengundi Kerusi Marginal DUN Selangor mendapati 76 peratus responden pelbagai bangsa, 69 peratus responden berbangsa Melayu mahu Datuk Seri Amirudin Shari terus kekal menjadi Menteri Besar Selangor. 

3. 'Ini peluang terakhir ahli UMNO selamatkan parti' - Annuar

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa minta ahli dan penyokong UMNO di enam negeri yang terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) bagi menyelamatkan parti yang banyak berjasa demi pembangunan negara sejak sebelum kemerdekaan.


4. KKM kaji keperluan vaksin influenza kepada golongan berisiko

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji keperluan pemberian vaksin influenza kepada rakyat terutama golongan berisiko sekiranya diperlukan.


5. 4,000 rumah mampu milik, lesen penjaja percuma tawaran PH-BN di Negeri Sembilan

Menyediakan 4,000 unit rumah harga mampu milik, menstruktur semula bandar-bandar kecil dan lesen penjaja percuma merupakan antara tawaran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.


6. PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara kerusi panas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.


7. Bekas KSUS Muhyiddin dakwa kajian EMGC terpesong

Keputusan kajian Endeavour-MGC tentang sentimen pengundi kerusi marginal Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang cenderung memihak kepada Pakatan Harapan (PH), dilihat mempunyai dua kelemahan terbesar, kata bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad.


8. 'Sanusi ditangkap? Saya tiada maklumat, itu bidang kuasa polis' - Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan beliau tidak mendapat maklumat sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan ditahan atau tidak.


9. PRN: 'Berkempen tak payah maki hamun' - Anwar ingatkan Muhyiddin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak menggunakan pentas ceramah politik untuk memaki hamun parti lawan.


10. Pelaburan Infineon: Ramai cuba 'ambil kredit', Tengku Zafrul tampil penjelasan

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tampil dengan penjelasan susulan dakwaan terdapat pihak yang cuba mengambil nama atas pelaburan terbaharu Infineon Technologies AG.