Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Ogos 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Ogos 2023.
Proses penggabungan Parti Demokratik Progresif dan Parti Sarawak Bersatu akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Disember ini, kata Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing.
Datuk Mohd Nassuruddin Daud diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ADUN Galas, ADUN Kota Lama serta pengundi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam tempoh tujuh hari bermula Ahad.
Kerajaan Negeri Perlis mengakui tiada masalah untuk menggunakan tema rasmi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang dilancarkan Kerajaan Persekutuan pada 27 Mei lalu, di peringkat negeri.
Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini awal pagi tadi.
PDRM memberi peringatan terakhir kepada orang awam agar tidak menyebarkan video mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu.
6. Dua ADUN tuntut MB Kelantan mohon maaf dalam tempoh seminggu
6. Dua ADUN tuntut MB Kelantan mohon maaf dalam tempoh seminggu
Dua ADUN Kelantan memberi tempoh tujuh hari kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan mereka menolak perjuangan Islam.
Datuk Misbun Sidek, telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini.
Sebanyak enam buah kilang perabot musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku Kampung Baru Sungai Buloh pada Ahad petang.
Penantian ahli keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas berakhir hari ini selepas semua 10 jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan.
10. Guna logo, tema Hari Kebangsaan berbeza mampu jejas perpaduan - Aaron
10. Guna logo, tema Hari Kebangsaan berbeza mampu jejas perpaduan - Aaron
Sebarang cadangan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza, merupakan salah satu daripada defisit sosial yang dikenal pasti mampu menjejaskan perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

