KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek, telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini.
Tanpa mendedahkan senarai negara yang cuba memancingnya, Misbun berkata antara yang berminat mendapatkan khidmatnya itu dari negara jiran, manakala terdapat juga tawaran baginya untuk membimbing skuad senior.
"Sebenarnya dari dulu lagi sudah ada (tawaran) malah dalam beberapa minggu lalu setelah mereka tahu saya telah diberhentikan, namun saya mahu rehat dahulu.
"Kesemuanya bergantung kepada syarat tertentu yang saya letakkan, jika mereka setuju baru saya terima," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Misbun, yang memerlukan masa memikirkan tawaran diterimanya berkata buat masa ini, beliau akan memberi tumpuan terlebih dahulu dalam aspek pembangunan akar umbi di Kelab Badminton Nusa Mahsuri, yang diterajui beliau dan adik beradiknya.
Misbun memberi bayangan beliau tertarik melatih pemain Thailand, Singapura dan Eropah, memandangkan pemain mereka mempunyai potensi untuk mara lebih jauh.
"Berdasarkan tawaran diterima, terdapat pemain mereka yang menduduki 10 terbaik," katanya sambil mengharapkan sentuhannya di luar nanti, mampu melahirkan seorang lagi pemain nombor satu dunia.
Beliau sebelum ini pernah menghasilkan tiga pemain nombor satu dunia iaitu Wong Choong Hann, Roslin Hashim dan Datuk Lee Chong Wei.
Dalam pada itu, Misbun tidak menolak kemungkinan untuk membawa adik yang juga bekas pemain beregu negara Datuk Seri Jalani Sidek sebagai pembantunya, sekiranya beliau berkelana di luar negara kelak.
"Selama ini Jalani jadi tulang belakang saya. Saya perlukan dia kerana dari segi analisis dia tahu, contohnya mengapa pemain tersebut, itu antara kepakarannya," kata beliau.
Walaupun sudah berusia 63 tahun, beliau mengakui masih belum puas dalam dunia sukan badminton dan bersedia menurunkan ilmu dimilikinya kepada pemain dari luar, setelah pernah mencurah bakti bersama BAM sebelum ini.
Selasa lepas, BAM mengesahkan Misbun secara rasmi meninggalkan badan induk sukan itu dan menganggap kemelut antara kedua-dua pihak telah selesai.
Misbun pada 9 Ogos lepas, dilaporkan sudah menghantar surat jawapan berhubung tawaran diberikan BAM, dalam usaha memujuknya kembali susulan penamatan kontrak selaku Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM, bulan lepas.
Sebelum ini, BAM menerusi Jawatankuasa Khas diketuai Timbalan Presiden 1 BAM Datuk V. Subramaniam membuat keputusan menamatkan kontrak Misbun, berikutan prestasi hambar skuad badminton remaja di Kejohanan Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia, bulan lepas.
Misbun meninggalkan BAM buat kali pertama pada 2011 sebelum menyertai semula BAM untuk kali kedua pada 2017, sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Kebangsaan.
Pada 2020, beliau dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan, diikuti sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia Datuk Misbun Sidek ketika ditemui pada sidang media khas mengenai perkembangan terkini beliau hari ini. Turut hadir Datuk Seri Jalani Sidek (kanan). - Foto BERNAMA
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.
Norza masih relevan pimpin BAM - Misbun
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria masih relevan untuk memegang tampuk kepimpinan badan induk sukan tersebut.
Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara
Misbun telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Kemelut Misbun, BAM selesai
Kemelut Misbun dengan BAM menemui jalan pendamaian selepas badan induk badminton negara itu mengesahkan mencapai penyelesaian secara baik.
Misbun sudah hantar jawapan, masih sayang anak buahnya
Datuk Misbun Sidek sudah menghantar surat jawapan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung tawaran diberikan kepadanya sebelum ini.
Misbun terima permohonan maaf Norza, akan pertimbang tawaran BAM
Datuk Misbun Sidek menerima permohonan maaf Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berhubung kemelut yang tercetus antara beliau dan badan induk itu.
Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Chong Wei mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu.
BAM tawar Misbun kembali berkhidmat hingga tamat kontrak, urai kemelut salah faham
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham.
Badminton: Hannah serah kepada BAM selesai kemelut dengan Misbun secara dalaman
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyerahkan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi badan sukan itu dengan Datuk Misbun Sidek secara dalaman.
Justin boleh jadi pengganti Chong Wei - Misbun
Justin disifatkan Misbun sebagai pemain terbaik pernah dibimbingnya sepanjang beliau mengemudi kem perseorangan remaja sebelum ini.