awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang parah kereta terbabas rempuh tiang elektrik

Aida Aziz
Aida Aziz
19/08/2023
22:45 MYT
Dua maut, seorang parah kereta terbabas rempuh tiang elektrik
Sebuah Proton Waja terbabas dan merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar, dekat Ipoh, awal pagi tadi, mengakibatkan dua lelaki maut dan seorang cedera parah. - Foto JBPM Perak
IPOH: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 2.17 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi.
Katanya, ketiga-tiga mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu didapati tersepit dalam kenderaan berkenaan susulan kemalangan itu.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta telah terbabas dan melanggar tiang elektrik. Anggota bomba menggunakan peralatan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.
"Ketua operasi melaporkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan ambulans," katanya kepada pemberita hari ini.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Mahir Mat Saad itu tamat pada jam 4.30 pagi.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Topic Berkaitan
#kereta terbabas
#kereta langgar tiang elektrik
#Ipoh
#Sayani Saidon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan