1. Kaki lelaki ini dipotong akibat minum teh tarik
Seorang lelaki berusia 55 tahun mendedahkan yang kakinya terpaksa dipotong sekitar 30 tahun lalu akibat terlalu banyak minum teh tarik.
2. Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu di Kundasang (4,095m), dan Gunung Trus di Madi (2,643m) yang turut terletak di daerah yang sama.
3. Bonnie pecah rekod dunia lagi
Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin terus mencipta sensasi dengan memecah rekod dunia miliknnya sendiri bagi kategori lelaki atas 72 kilogram (kg) dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Dubai pada Khamis.
4. Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam cenderung menyokong Perikatan Nasional (PN).
5. Dua lelaki didakwa edar lebih 413 kilogram dadah
Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas empat pertuduhan mengedar lebih 413 kilogram dadah, minggu lepas.
6. Malaysia rekod dua kes pertama cacar monyet - KKM
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes pertama melibatkan seorang warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini sejak April 2022.
7. WarisPEKEMBAR pertahan Zahid Hamidi, sasar perhimpunan besar 30 Ogos
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil mempertahankan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada desakan agar beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO.
8. Perbicaraan kes fitnah Vincent Tan, Sanusi 25 Oktober
Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh perbicaraan kes saman fitnah Pengasas Berjaya Corporation, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada 25 Oktober depan.
9. Himpunan 40 hadis untuk umat Islam, tidak paksaan kepada bukan Islam - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tidak pernah memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami himpunan Hadis 40 Imam Nawawi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. PM bangga dengan prestasi agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan tadbir negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan beliau mentadbir negara.