ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 September 2023.


1. Gempa bumi Maghribi: Tiada laporan libatkan rakyat Malaysia - Zambry

Sehingga kini semua rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat.



2. Isu beras tempatan: 'Bekalan cukup? Menteri boleh datang ke Mydin' - Ameer Ali

Kini hanya 50 hingga 100 kampit beras tempatan yang diterima pihaknya.


3. Ahmad Zahid cipta sejarah, hadir Persidangan Tahunan DAP

Ia merupakan persidangan pertama sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 tahun lalu.


4. Senarai nama jawatankuasa RCI siasat buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong - Zahid

Menurut Timbalan Perdana Menteri, butiran senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.


5. Pemuda PN anjur Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia Sabtu ini

Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Kompleks Sogo pada Hari Malaysia, Sabtu depan.


6. DAP bukan komunis, masih berpaksikan Perlembagaan Persekutuan - Loke

DAP akan sentiasa berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan sebarang dasar dan berkaitan dengan perihal politik di negara ini.


7. DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara telah pun mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara tersebut sebagai respons kepada Majlis Peguam Negara sebelum ini.


8. Syed Saddiq sah tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan menjadi pembangkang kuasa ketiga.


9. Kejadian rekahan di LPT1 berpunca akibat runtuhan cerun tambak tebatan banjir - Alexander

Kejadian mendapan tanah di Kilometer 118.2 sehingga 117.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menghala ke ibu negara dipercayai berpunca akibat runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.


10. Kampung Penan Muslim menjunjung kasih, terharu dengan kunjungan Agong

Persinggahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di Kampung Penan Muslim Batu 10, di sini hari ini dianggap oleh penghulu kampung itu sebagai manifestasi pengiktirafan Seri Paduka berdua terhadap kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak.