awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2023
15:50 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 September 2023.
1. Malaysia yakin hubungan ekonomi China boleh diperkukuh lagi - PM Anwar
Penganjuran Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO 2023) dapat menjadi pemangkin kepada perniagaan Malaysia untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, selain menyuburkan kerjasama perdagangan dan merangsang pertumbuhan ekonomi.
2. Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai melibatkan 1,776 unit dengan nilai hartanah RM682.66 juta, tahun depan.
3. Wanita meninggal dunia selepas ajar anak tenat syahadah
Diceritakan oleh seorang doktor menerusi platform X, kisah tersebut bermula ketika si anak mengalami masalah sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.
4. KKD jangka bentang pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen awal tahun depan
Timbalan Menteri berkaitan Teo Nie Ching berkata KKD menerusi agensi-agensi di bawahnya sedang mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia kerana akta tersebut digubal pada 1998.
5. Penghantar makanan tendang motosikal sendiri, tak puas hati kena tarik
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, tindakan individu terbabit dipercayai dirakam orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian sebelum menjadi tular di media sosial.
6. PM Anwar saksikan pertukaran MoU syarikat Malaysia, China bernilai RM19.84 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan tiga lagi perjanjian persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China.
7. Tun Faisal, Dr Afif antara 25 individu dipanggil polis berhubung perhimpunan - Allaudeen
Polis membuka kertas siasatan berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia yang berarak lebih dua kilometer dari Kampung Baru ke pusat beli belah Sogo, di ibu negara pada Sabtu.
8. Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama
Ia termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyentuh urusan agama Islam dan kefatwaan.
9. JKPK undang Peguam Negara, bekas Peguam Negara beri penjelasan bulan depan
Jemputan itu adalah bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan membuat penelitian menyeluruh berhubung beberapa isu yang bakal diajukan kepada kedua-dua individu berkenaan.
10. PM Anwar akhiri lawatan sehari di Nanning
Perdana Menteri berkata lawatan itu, merupakan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan