awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan tendang motosikal sendiri, tak puas hati kena tarik

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2023
07:45 MYT
Penghantar makanan tendang motosikal sendiri, tak puas hati kena tarik
Tular video di media sosial memaparkan seorang penghantar makanan bertindak menendang motosikalnya di hadapan sebuah pusat beli-belah, Isnin lalu. - Foto ihsan pembaca
SERDANG: Berang motosikal ditarik kerana mempunyai tunggakan selama 34 bulan menyebabkan seorang penghantar makanan merosakkan motosikal miliknya dalam kejadian di hadapan pusat beli-belah di sini Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, tindakan individu terbabit dipercayai dirakam orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian sebelum menjadi tular di media sosial.
"Siasatan awal dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, individu tersebut bertindak menendang motosikal miliknya sebelum menyerahkan kepada ejen penarik kenderaan.
"Kejadian berlaku disebabkan individu berkenaan tidak berpuas hati kerana motosikalnya itu ditarik setelah mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka berkaitan kejadian.
"Laporan polis telah dibuat oleh ejen penarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.
"Tiada sebarang siasatan dijalankan berikutan ia hanya melibatkan laporan berkaitan penarikan kenderaan," katanya.
Pada Sabtu, tular video di media sosial memaparkan seorang penghantar makanan bertindak menendang motosikalnya di hadapan sebuah pusat beli-belah.
Tindakan individu berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi netizen yang rata-rata mempertikaikan tindakannya itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#motosikal ditarik
#penghantar makanan
#tunggakan hutang
#berang
#tendang motosikal
#Serdang
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan