NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 September 2023.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali Syarikat Sepadu Ikhlas Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mempertahankan rakan seindustrinya iaitu penyanyi Liza Hanim yang menerima kritikan netizen berkaitan dengan fizikalnya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan klinik kesihatan.
Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini menerima petisyen difailkan seorang pengundi bagi membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid, di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Saksi pihak pendakwaan kes pendakwah terkenal Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia diminta oleh pegawai penyiasat untuk mengeluarkan data berunsur lucah daripada pemacu pena diterimanya.
7. Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
7. Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
JAWI akan meneruskan siasatan berhubung dakwaan kesalahan qazaf yang dilakukan terhadap seorang pemimpin negara, dipercayai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
hli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How tampil membuat permohonan maaf berhubung dakwaan ke atas dirinya yang membuat tafsiran al-Quran selepas isu itu menjadi tular di media sosial sejak seminggu.
9. Penduduk daerah Petaling hidup paling lama
9. Penduduk daerah Petaling hidup paling lama
Penduduk di daerah Petaling, Selangor dijangka hidup paling lama sehingga 80.5 tahun, mengikut perangkaan statistik bagi tahun 2023 dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10. Majikan akan terima insentif tunai jika penuhi keperluan dasar gaji progresif
10. Majikan akan terima insentif tunai jika penuhi keperluan dasar gaji progresif
Majikan akan menerima insentif tunai daripada kerajaan setelah mengemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti telah memenuhi keperluan dasar gaji progresif, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami