ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Oktober 2023.

1. Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital

Dr Noor Hisham berkata, beliau akan memberikan khidmatnya di blilik pembedahan pada setiap hari Isnin.


2. Agih bekalan beras bukan kerja FAMA - Muhyiddin

Menurutnya, apa yang berlaku bertentangan dengan peranan agensi itu sedangkan Malaysia mempunyai sistem pengagihan dan rantaian bekalan beras sejak 50 tahun lalu.


3. Al Rajhi Bank Malaysia umum peletakan jawatan Arsalaan Oz Ahmed sebagai CEO

Di bawah pimpinannya, bank mencatatkan kejayaan kewangan tertinggi dalam sejarah bank Islam, disokong oleh bank induk.


4. Projek Jana Wibawa: Muhyiddin mohon lepas tanpa bebas tiga pertuduhan pengubahan wang haram

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan supaya Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan projek Jana Wibawa.


5. Bicara kes Muhammad Sanusi bermula 18 Jan 2024

Mahkamah Sesyen Selayang hari ini menetapkan 12 hari bermula 18 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menghadapi dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, pada Julai lepas.


6. Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azizah Nawawi menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna jawatan awam.


7. Harga petrol, diesel kekal hingga 11 Okt

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 5 Okt hingga 11 Okt ini.


8. Pas nafi dakwaan Tun M calon PRK Kemaman

Pas menafikan dakwaan meletakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kemaman.


9. Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar

Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 billion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. Pemberian diskaun PTPTN dalam Belanjawan 2024 ditentukan MOF - Mohamed Khaled

Keputusan sama ada insentif diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diteruskan dalam Belanjawan 2024 atau tidak, tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan (MOF), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.