MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Oktober 2023.
1. PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rangkaian antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang lebih erat, bagi membolehkan kegiatan sukan di sekolah, pusat pengajian tinggi dan komuniti, terus disegarkan dan diperkasa.
2. Baru dua hari hantar ke taska, bayi dua bulan maut
Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.
3. 'Pi mai pi mai tang tu', Sabri Yunus, Angeline Tan kini suami, isteri
Pelakon yang popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini bergelar suami isteri.
4. Isu rumput padang SNBJ rosak: PSM cuma ada tempoh lapan bulan
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hanya mempunyai tempoh lapan bulan berbanding 12 bulan standard tempoh penyediaan rapi rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
5. NFCorp: 12 tahun difitnah, akhirnya kebenaran ditegakkan - Mohamad Salleh
Pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepaskan dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan.
6. Dilarang pamer, lekat lambang darjah kebesaran pada kenderaan
Penerima-penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur dilarang mempamerkan atau melekatkan lambang Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang pada kenderaan masing-masing.
7. Segera lapor pihak berkuasa sekiranya diancam, ditipu sindiket pemerdagangan - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara, supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari diri mereka ditipu serta berdepan ancaman keselamatan.
8. Tengku Zafrul dipilih Presiden BAM, menggantikan Norza
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz dipilih mengisi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
9. Gaya hidup mewah, polis siasat pegawai kanan miliki dua jam tangan Rolex
PDRM menjalankan siasatan berhubung seorang pegawai kanan polis yang didakwa memiliki gaya hidup mewah termasuk memiliki dua jam tangan berjenama Rolex dipercayai bernilai ratusan ribu ringgit.
10. Tiada kawalan harga sementara telur dan ayam, pastikan keterjaminan bekalan di pasaran - Chan
Cadangan kerajaan untuk tidak melaksanakan lagi kawalan harga sementara bagi telur dan ayam adalah bagi memastikan pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan bahan makanan itu di pasaran.